DOA

Bismillahhirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami, terimalah doa kami, kasihani dan sayangilah kami
Ya Allah Ya Tuhan kami kurniakanlah kesejahteraan sentiasa kepada negara kami Malaysia yang kami cintai ini
Ya Allah Ya Tuhan kami kurniakanlah kepada negara kami pemimpin pemimpin yang jujur dan beriman agar dapat mereka membawa negara kami ke mercu kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat
Ya Allah Ya Tuhan kami berikanlah kenikmatan dan kesejahteraan yang berkekalan kepada kami baik di dunia mahupun di akhirat Ya Allah
Ya Allah Ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami hikmah pengetahuan yang baik dan bijaksana agar dapat kami menerokai alam ciptaanmu yang maha indah ini Ya Allah dan seterusnya mensyukuri akan nikmat nikmat yang telah engkau berikan ini
Ya Allah jadikankanlah keseluruhan penduduk penduduk kami Malaysia ini bebas dan berjaya menimba ilmu dan memperelohi rezeki di mana mana sahaja di dunia ini
Ya Allah Ya Tuhan kami hanya kepadamu tempat kami menadah tangan berdoa memohon petunjuk agar dilimpahkan nikmat dan kesejahteraan hidup dan semoga ianya berkekalan sehinggalah kami menemuimu pada suatu hari nanti
Aamiinn Ya Allah Ya Rabbi
Maha Suci Allah Yang Maha Agung Maha Berkuasa Perkenankanlah doa kami ini
Aamiinn Ya Rabbil Alaamiin
Bismillahhitawakkaltualallah

Ulasan