Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 7, 2010

Madah Dari Hukama:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, kerana KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, orang CERDIK yang PENDIAM LEBIH BAIK DR orang BODOH yang BANYAK CAKAP. * MENASIHATI ORANG yang BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.. * KALAU orang MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, yang SEBENARNYA orang ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI

1. Azan dan iqamat

Imej
Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan binAli: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)” AZAN : Allahu Akbar Allahu Akbar Asyhadu alla illahaillallah. (2X) Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X) Haiyaalas solah (2X) Haiyaalal falah. (2X) Allahu Akbar Allahu Akbar. La ilahaillallah.   Maksudnya:   Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah. Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Marilah Sembahyang. Marilah kepada kejayaan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah. Tambahkan "Assolaatu khairun minan naum" (