Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 25, 2011

Kalau aku ada wang Ringgit Malaysia 5000 000 000.00

Imej
Pertama sekali sujud syukurku pada Allah S.W.T Tak perlu fikir fasal kerja Isteriku kubawa menunaikan umrah bersama anak-anakku Aku akan bina masjid berharga RM 1 000 000.00 sedeqahkan kepada penduduk-penduduk kampungku Agar mereka kuat beribadat Jauhkan celaka banyakkan bahagia Murid-murid miskin aku beri bantuan seorang RM 1000.00 Kalau ada 1000 orang, dah jadi RM 1 000 000.00 Aku bina pula rumah anak-anak yatim berharga RM 500 000.00 Baki RM 500 000.00 aku beri pada mereka Supaya mereka belajar pandai-pandai dan hidup dengan penuh gembira RM 2500 000 000.00 aku simpan dalam ASB Cukup setahun aku akan dapat lebih kurangnya RM 6000.00 x 2500 = RM 15 000 000.00 RM 15 000 000.00 adalah bonus yang akan aku terima tiap-tiap bulan buat belanja sekeluarga Rumahku cukuplah berharga RM 1 000 000.00 Nak beristeri lagi satu? Terasa juga nak yang jelita-jelita Tapi itu urusan Yang Maha Berkuasa Aku terima sahaja Itu pun Kalau Kalaulah Kalau aku ada wang Ringgit Malaysia 5000