Kalau aku ada wang Ringgit Malaysia 5000 000 000.00

Pertama sekali sujud syukurku pada Allah S.W.T
Tak perlu fikir fasal kerja
Isteriku kubawa menunaikan umrah bersama anak-anakku

Aku akan bina masjid berharga RM 1 000 000.00 sedeqahkan kepada penduduk-penduduk kampungku
Agar mereka kuat beribadat
Jauhkan celaka banyakkan bahagia
Murid-murid miskin aku beri bantuan seorang RM 1000.00
Kalau ada 1000 orang, dah jadi RM 1 000 000.00
Aku bina pula rumah anak-anak yatim berharga RM 500 000.00
Baki RM 500 000.00 aku beri pada mereka
Supaya mereka belajar pandai-pandai dan hidup dengan penuh gembira
RM 2500 000 000.00 aku simpan dalam ASB
Cukup setahun aku akan dapat lebih kurangnya RM 6000.00 x 2500 = RM 15 000 000.00
RM 15 000 000.00 adalah bonus yang akan aku terima tiap-tiap bulan buat belanja sekeluarga
Rumahku cukuplah berharga RM 1 000 000.00
Nak beristeri lagi satu?
Terasa juga nak yang jelita-jelita
Tapi itu urusan Yang Maha Berkuasa
Aku terima sahaja
Itu pun Kalau Kalaulah
Kalau aku ada wang Ringgit Malaysia 5000 000 000.00








Ulasan