Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 23, 2010

Hidup tanpa sempadan

Imej
Pergi membeli sekerat rotan Untuk dibuat perabot hiasan Apakah kemewahan yang menjadi dakapan Tanpa mempedulikan batasan kemanusiaan Membuai dodoi di belakang taman Sampai tertidur hilang keletihan Di mana letaknya nilai keimanan Andai akal dan perasaan tidak digunakan Pergi menangkap si anak haruan Masak gulai jadikan hidangan Beginikah keluarga yang diinginkan Tuhan Asalkan berjaya masyarakat diketepikan Perlukah diburu rusa di taman Mengapa tidak jadikan santapan Mulanya bersama cari kejayaan Mana yang bersama dilupai jangan Bijak bijak memberikan hujah Jangan terlupa nilai kemanusiaan Perlukah harta melimpah ruah Andai di depan mata menangis kelaparan