Catatan

Tunjukkan catatan dari April 14, 2010

Aku tak mahu tertipu

Aku tak mahu tertipu oleh penipu Yang hanya berkata manis itu hanya pada gula Sedangkan yang lebih manis adalah senyuman yang ikhlas Aku tak mahu tertipu oleh penipu Yang hanya berkata wang segala-galanya Sedangkan Taqwa lebih besar dari segala Aku tak mahu tertipu oleh penipu Yang hanya bercinta untuk bahagia Sedangkan cinta juga perlu melalui jiwanya Aku tak mahu tertipu oleh penipu Yang memiliki kuasa tidak menguasainya Sedangkan kutahu Allah lebih berkuasa Aku tak mahu tertipu oleh penipu Yang boleh bertutur mesra Tetapi tabirnya terguling ahklaknya Aku tak mahu tertipu oleh penipu Oleh si cantik yang boleh menggoda Sedangkan ku tahu godaan mana yang membawa bahagia Aku tak mahu tertipu oleh penipu Yang boleh memporak-perandakan seseorang Sedangkan kutahu mana arif mana alpanya Aku tak mahu tertipu oleh penipu Di dunia Tuhan yang penuh cahaya Moga kaum-kaumku terus di sinar cahaya kebenaran