Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 26, 2018

Negara Palestin

Imej
Negara Palestin  ( Bahasa Arab :  دولة فلسطين  ,  Dawlat filastin ), atau hanya  Palestin  (  فلسطين  ,  filastin ) ialah sebuah negara di  Timur Tengah  di antara  Laut Tengah  dan  Sungai Jordan . Status  politiknya  masih dalam perdebatan. Sebahagian besar negara di dunia termasuk negara-negara anggota  OIC ,  Liga Arab ,  NAM , dan  ASEAN  telah mengakui kewujudan Negara Palestin. Wilayah  Palestin  saat ini terbahagi kepada dua entiti politik, iaitu  Wilayah Pendudukan Israel  dan  Pihak Berkuasa Palestin .  Deklarasi Kemerdekaan Palestin  dinyatakan pada 15 November 1988 di  Algiers  oleh  Dewan Negara  (PNC)  Pertubuhan Pembebasan Palestin  (PLO).