Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 4, 2010

gelagat sesetengah pelajar di sekolah berasrama penuh

Kekadang di sekolah berasrama penuh ada berlaku kes buli. Biasanya di kalangan seniorlah. Mereka rasa dah besar kepala agaknya, bolehlah berlagak terror kat junior. Apa yang dibuat, macam-macam perkara yang bodoh, seperti menampar juniorlah, menendang dsb tanpa terdapat kesalahan pada junior dan juga tanpa usul periksa. Yang menjadi mangsa adalah junior yang tidak berdosa. Kasihan ia dik......bersabarlah. Aku rasalah kes-kes senior yang berperangai syaitan ni tak layak belajar di sekolah berasrama penuh. Menyusahkan kerajaan sahaja. Diharap semoga kerajaan lebih berhati-hati dan memilih pelajar-pelajar yang betul-betul cerdik serta berahklak mulia sahaja belajar di sekolah-sekolah berasrama penuh. Senior ni aku rasalah, fikiran-fikirannya lebih bodoh dari pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah harian biasa. Bila junior yang tak bersalah tadi merasakan sesuatu yang tidak kena, maka mulalah memohon pertukaran sekolah. Jadi kerajaan sudah kehilangan seorang permata negara malahan duni