Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

How to make an annoying computer program

Info mengenai Washington

Imej
Washington adalah sebuah bandar di Dutchess County, New York, Amerika Syarikat. Populasi adalah 4742 pada bancian 2000. Bandar ini dinamakan menurut George Washington, yang melewati bandar semasa Revolusi. Kota Washington berada di bahagian tengah county, timur laut Kota Poughkeepsie. US Route 44 melewati seluruh bandar. Bandar ini merupakan sebahagian dari Great Sembilan Mitra Paten dari 1697. Bandar ini ditubuhkan pada tahun 1788 sebagai salah satu kota asli daerah re-organisasi. Bandar ini kehilangan wilayah pada tahun 1793 untuk membentuk Kota baru dari Stanford.   Washington Square Park on a sunny day

Mustajab doa kami Ya Allah

Imej

Pak Pandir dengan Bola Sepak Piala Malaysia

Pak Pandir : Agak-agak awak Andeh, pasukan mana yang akan ke final Bola Sepak Piala Malaysia nanti? Mak Andeh : Saya rasa pasukan Negeri Sembilan dengan Kedah akan ke Final. Bagaimana dengan awak Pandir? Pak Pandir : Saya rasa pasukan yang akan ke Final Bola Sepak Piala Malaysia ialah pasukan Kelantan dengan Johor F.C. Mak Andeh : Kalau begitu, malam ini penentuannya, jomlah kita tengok sama-sama. Pak Pandir : Nak tengok kat mana? Mak Andeh : Laa, tengok kat matalah, nak tengok kat mana lagi. Pak Pandir : Ooooo, ingatkan nak tengok kat score board nanti. ( Pak Pandir dan Mak Andeh kemudian sama-sama menggaru kepala ).
Imej
Imej

Kisah cinta dulu-dulu

Hafizul : Kita nak berbulan madu kat mana sayang? T.A. Aisyah Puteri : Kita berbulan madu di Turki Hafizul : Best tu sayang, abang belum sampai lagi T.A. Aisyah Puteri : Baiklah abang sayang, nanti kita belajar dan kecapi macam-macam nikmat kat sana Hafizul : Berapa lama kita ke sana sayang T.A Aisyah Puteri : Sayang rasa sepuluh hari dah cukup abang Hafizul : Abang rasa pun begitu T.A Aisyah Puteri : Abang dah malam ni, marilah kita beradu bersama-sama Hafizul : Ia sayang, marilah
Imej

Pak Pandir dengan kura-kura

Pak Pandir : Andeh, kau tahu tak kenapa kura-kura jalannya lambat? Mak Andeh : Macam mana nak jalan laju, dia pakai badan besi, berat nak bawa sambil jalan. Pak Pandir : Agak-agak kau lah Andeh, kura-kura ni tahu tak yang dia tu jalan lambat? Mak Andeh : Entahlah paknya, rasa-rasanya tahu, sebab kalau dia tak tahu, dia takkan pakai baju besi. Pak Pandir : Macam mana kita nak buat kura-kura jalan laju? Mak Andeh : Senang aje, kita bagi dia lumba dengan semut. Pak Pandir : Mengapa kura-kura pakai baju besi, semut tidak? Bukankah perang dunia dah tamat? Mak Andeh : Kura-kura pakai baju besi sebab sejuk tinggal dalam air lama-lama. Semut tak pakai baju besi pun takpa, sebab susah musuh nak musnahkan semut.

BERJAYA DAN BERJAYA

................RM1 MALAYSIA RM1 DUNIA......BERSAMA KE MERCU KEJAYAAN ...........................

Kasih nenek

Nasi lemak buah bidara Daun selasih beta lurutkan Kasih emak kasih saudara Kasih kekasih kita turutkan

Tanya kasih empunya diri

Biar perasaan berbicara Biar kata melaksana Hati mula berpaut pada cinta Haruskah diselidiki pautannya Mengapa mudah jatuh cinta Apakah kerana cantik paras rupa Baik-baik berkasih mesra Moga tidak dibuai leka Maklum sahaja orang muda Mudah sangat dibuai digoda Andai nafsu menjadi raja Rosaklah hikmah nama cinta Elok ditanya padanya hati Moga kasih sentiasa berseri Bila seri setiap hari Seksa dunia tidak terasa Hidup sentiasa dibuai bahagia

Ada lagikah?

Ada lagikah sekarang manusia turun pagi balik malam Mencari sesuap nasi membesarkan anak-anak tercinta? Ada lagikah sekarang manusia ke hulu ke hilir Mundar-mandir tanpa arah mencari sesuatu yang bernilai dalam hidupnya? Ada lagikah sekarang manusia membanting tulang Bermandi keringat bagi meneruskan kahidupan? Ada lagikah sekarang manusia mengampu untuk diserikan hidupnya? Ada lagikah sekarang manusia yang tidak berterima kasih terhadap manusia lain? Ada lagikah sekarang manusia yang hasilnya diperolehi dari dahulunya pekerja bawahan Apabila berjaya dilemparkan tohmahan pada manusia tersebut? Adakah manusia yang kasihnya jujur, hatinya luhur? Adakah manusia yang boleh membantu menjayakan diri seseorang? Adakah manusia yang boleh menerangi kehidupan seseorang di dunia yang fana Seterusnya sehingga menemui Allah S.W.T nanti? Apapun kita, siapapun kita Sememangnya ilmu, amal serta kasih mesra Menjadi nadi tunjang kehidupan yang abadi.