Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 2, 2010

Kumandang kataku zaman-berzaman

Dengar bukan hanya di telinga, tetapi di hati, Fikir bukan hanya di minda, tapi semat di jiwa, lihat bukan hanya di mata, tapi abadi di naluri, kasih bukan hanya pada harta, tapi dihias mulianya budi, sahabat bukan hanya pada penampilan, tapi pada kias sambutan berpedoman, cinta bukan hanya pada jelita, tapi disemai nilai setia, harta bukan pemilik segala andai diri bagai nak gila andai dunia kita punya berbaloikah dengan iman dan taqwa anak-anak bermanja riang dihias dengan ilmu dan iman rumahku syurgaku sememangnya idaman moga kehidupan terus berkilauan andai sakit sesekali datang itu ibarat penyucian jiwa Allah menduga tidak kira manusia Tidak ke neraka syurgalah kita Itupun andai terhapus segala dosa hidup bukan hanya sehari malah sering berganti matahari Ingat adik dirimu nanti Berbekalkan ilmu dan amal kebaikan itu pegangan orang yang berjaya Jadikan dunia landasan syurga