Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 8, 2010

Tanya kasih empunya diri

Biar perasaan berbicara Biar kata melaksana Hati mula berpaut pada cinta Haruskah diselidiki pautannya Mengapa mudah jatuh cinta Apakah kerana cantik paras rupa Baik-baik berkasih mesra Moga tidak dibuai leka Maklum sahaja orang muda Mudah sangat dibuai digoda Andai nafsu menjadi raja Rosaklah hikmah nama cinta Elok ditanya padanya hati Moga kasih sentiasa berseri Bila seri setiap hari Seksa dunia tidak terasa Hidup sentiasa dibuai bahagia