Tanya kasih empunya diri


Biar perasaan berbicara
Biar kata melaksana
Hati mula berpaut pada cinta
Haruskah diselidiki pautannya
Mengapa mudah jatuh cinta
Apakah kerana cantik paras rupa
Baik-baik berkasih mesra
Moga tidak dibuai leka
Maklum sahaja orang muda
Mudah sangat dibuai digoda
Andai nafsu menjadi raja
Rosaklah hikmah nama cinta
Elok ditanya padanya hati
Moga kasih sentiasa berseri
Bila seri setiap hari
Seksa dunia tidak terasa
Hidup sentiasa dibuai bahagia

Ulasan