SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH..

Bismillahirrahmanirrahim...................

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan selainMu, Engkau yang telah menciptaku dan aku adalah hambaMu, aku berada di atas perjanjianMu selagimana aku mampu, aku memohon perlindungan dariMu dari keburukan yang telah aku lakukan, aku mengiktiraf nikmat yang Engkau limpahkan kepadaku, dan aku mengakui dosa-dosaku terhadapMu, maka ampunilah aku sesungguhya tiada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau”.

Ya Allah Ya Tuhanku, Baguskanlah untukku Agamaku yang menjadi pangkal urusanku, Baguskan pula Duniaku yang menjadi tempat penghidupanku, Dan Baguskanlah Akhiratku yang padanya tempat kembaliku nanti,Jadikanlah hidupku bekalan bagiku dalam segala kebaikan, Serta jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku

Ya Allah,sesungguh nya aku mengaku sgt lemah, ibadah ku tak seberapa, dunia sentiasa mengamit diri ku jua, tak dapat ku menahan nafsu cintakan dunia yg fana' ini...hanya pada MU aku memohon belas ehsan..hanya pada Rasul MU ku mohon syafa'at...masih selamatkah aku d sana.....

Aku hanyalah seorang hamba Allah yang kerdil lagi hina…
aku ini serba kekurangan…
namun aku punya satu impian…
aku mahu menjadi insan yang baik…
insan yg melakukan kebaikan supaya orang lain mendapat manfaat darinya…
...tetapi jika aku tidak mampu, janganlah kiranya aku berbuat kejahatan, atau kejahatan dalam kebaikan…
biarlah aku berdiam diri andai aku masih belum bersedia…
kini aku lemah, namun tidak pula aku mahu menjadi lemah buat selamanya…
aku harap aku akan kuat…
dan aku mohon sangat-sangat biarlah aku menjadi kuat untuk berbuat kebaikan…
dengan itu aku akan sentiasa berusaha…
dan Engkau sahajalah tempat aku mengadu kerana hanya Engkau lah teman yang benar-benar setia bersamaku ya Allah…
setiap masa dan setiap ketika, tidak pernah walau sedetik pun Engkau tinggalkan aku…
ya Allah… redhailah daku selama aku bernafas di dunia ini…”

Aamiiin Ya Rabb al-'aalamiiin…

Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..
Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya......
Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..
Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati hambaMu yang lain... AMIN

KeTiKa dIri MEnCAri Sinar… SecEbis CAhaya meNeraNgi LaluAn… AdAkalanYa, laNGkahKu teRsaSAR… TeRSUNGKur kE lemBah kEgELApan… BagaiKAn tERdenGAR BIsIkaN RindU PAda sEbuAh PerTemuan… KeHadiRanMu MendAMaikan HaTi yaNG daHulU keResaHan… Tika Ku keALpaan KAu bisikKANku KalimaH kEinSAfAN… tiKa ku kekuRangN kaU NyaLAkAnku obOR keTenaNGaN…

Ulasan