Guru besar dan penolong kanan tdbir yang tak bagus

Assalamualaikum w.b.t,

Saya memohon agar pihak yang lebih atas lebih berhati-hati terhadap tingkah laku guru besar dan PK1 di sekolah. Ini adalah kerana apabila guru-guru telah berjaya menjalankan tugasnya dengan sempurna, maka sekiranya guru-guru tersebut "tidak sebulu dengannya", maka seolah-olah usaha guru-guru tadi semacam sia-sia sahaja. Apa tidaknya penilaian prestasi guru-guru terletak di tangan dua orang ini. Pernah berlaku kepada seorang 'hamba Allah guru' yang penuh kejujuran dan kebijaksanaan mendidik dan membangunkan sekolah, tetapi terpaksa membuat rayuan untuk kenaikan pangkatnya secara time based ke DGA 32 setelah memenuhi segala kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru besar dan PK1 macam ni seolah-olah berlagak dia lebih terror dari pihak kementerian. Nauzubillah. Kasihan saya melihat nasib hamba Allah yang telahpun berjaya memperolehi ijazah tadi yang terpaksa menunggu tunggakan kenaikan pangkat yang berjumlah RM 500.00 x 7 = RM 3500.00 secara lebih kurangnya.

Kita tentu terfikir kerja penat-penat prestasi orang lain buat sewenang. Yang sebulu dapat hebat walaupun duduk rehat, tak masuk akal langsung kan? kasihan saya kepada pelajar-pelajar sekolah yang sepatutnya belajar supaya berjaya di dalam kehidupan baik di dunia mahupun akhirat. Disebabkan takut kepada 'pengurusan yang salah urus tadi', buat dok aje. Seolah-olahnya kalau seseorang peniaga itu menjalankan perniagaannya tetapi hasilnya kena serah sikit kepada orang-orang yang langsung tiada kaitan dengan urusannya. Tak bolehlah.


Seandainya kita berpangkat besar sekalipun, kalau nak tolong waris-waris biarlah kena pada tempatnya dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian. Ini tidak dah dapat cikgu yang bagus, bukannya nak bersyukur dan berterima kasih kerana telah mengharumkan nama sekolah di samping turut naik namanya juga, malah dibuli serta tidak diberi prestasi cemerlang sehingga terpaksa membuat rayuan. Nasib baik Allah menolong guru yang dianiaya tadi dan tembelang gb dan pk1 dan mungkin beberapa yang lain lagi telah pecah kerana guru tersebut telah membantu pelajar bukan sahaja di sekolah beliau malah seluruh dunia dengan menghasilkan pengajaran-pengajaran yang amat-amat dinantikan oleh semua pelajar di dunia melalui saluran media elektronik iaitu laman blog serta facebook.

Saya paparkan kisah benar ini supaya tidak berlaku lagi perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Seandainya saya berdiam diri, maka rasa macam bersalah pula kerana yang benar harus ditegakkan dan yang salah harus diberi hukuman supaya kejadian yang buruk tidak berulang. Buang yang keruh ambil yang jernih. Jalankanlah tanggung jawab kita semua dengan jujur serta berpandukan kepada cahaya kebenaran tanpa mengira latar belakang seseorang. Wasalam.

" Malaysia makmur Malaysia sejahtera melalui pendidikan harmoni "

Ulasan