SIRI KATA-KATA HUKAMA

CINTA
CINTA KETUHANAN itu laksana lautan yang tidak bertepi. Langit itu hanya ibarat satu buih saja dalam lautan yang maha luas itu. Ketahuilah bahawa semua langit-langit yang beredar itu diputar oleh gelombang CINTA. Kalau bukan dengan cinta, alam ini akan beku. Perhatikanlah : Bagaimana bukan organan jadi tumbuh-tumbuhan. Bagaimana tumbuh-tumbuhan menjadi ruh binatang. Bagaimana ruh binatang berkorban demi Nafas. Bagaimana Nafas itu boleh menghamilkan Mariam. Kalau tidaklah kerana cinta Ilahi, semuanya jadi beku dan tidak bergerak seperti ais. Tidak terbang seperti burung. Setiap debu dan habuk itu berada dalam cinta dengan Kesempurnaan dan tumbuh bertunas. Semua benda-benda tersebut, dalam diam-diam bertasbih kepada Allah s.w.t. - Syeikh Jalaludin Rumi -

Cintakan BUNGA ia akan layu * Cintakan HARTA, ia akan musnah * CINTAKAN ALLAH KEKAL ABADI

* Cintailah cinta yang dihati Itulah cinta yang hakiki * Cinta yang dimata itu adalah cinta palsu * Cinta yang dihati itu adalah dari fitrah murni * Cinta yang dimata itu nafsu melulu * Cinta al-hak itu cinta abadi di dunia lagi sudah dapat bahagia Itulah dia ' al-Jannatul ' a-Jilah'.


Ulasan