Penilaian prestasi

Pada beberapa bulan yang lepas, di sebuah akhbar tempatan, terdapat guru yang tidak berpuas hati terhadap penilaian prestasi yang dilakukan oleh guru besar dan penolong kanan 1. Bagi pendapat sayalah, guru besar dan penolong kanan 1 perlu bersikap adil dan bertanggung jawab dalam soal penilaian prestasi ini. Sekiranya prestasi guru tidak melebihi 80% sedangkan seseorang guru itu menjalankan tugasnya dengan penuh tanggung jawab dan dedikasi, manakala guru yang menjalankan tugas dengan tidak sempurna diberi prestasi lebih 80%, maka sudah tentulah terdapat sesuatu yang tidak kena di pihak guru besar dan penolong kanan 1. Fenomena yang berlaku kekadang tu terdapat juga guru besar dan penolong kanan 1 yang cuba berlagak dan pilih bulu, yang mana pengurusannya dikatakan tidak sempurna, malahan jua cuba untuk menindas guru-guru, yang tak masuk akalnya ialah guru-guru siswazah jua turut terkena, sedangkan guru besar dan penolong kanan 1 bukanlah seorang guru siswazah. Hebat sangatkah mereka ini? Saya rasa sekiranya beginilah sikap mereka, namun bukanlah hebat sangat. Apa tidaknya, waktu mengajar mereka bukanlah banyak sangat, jadi keakraban mereka terhadap rutin mendidik, tidaklah serasi mana. Walaupun bukan semua guru besar dan penolong kanan 1 tidak pandai memberi penilaian, tetapi segelintir guru besar dan penolong kanan 1 yang tidak adil dan telus ini telah menyebabkan kepercayaan guru-guru terhadap mereka turut terjejas. Guru besar dan penolong kanan 1 juga perlu berwaspada, bahawa mereka juga penjawat awam dan seharusnya juga dinilai oleh pegawai-pegawai yang lebih tinggi taraf pendidikan dan kedudukannya. Sekiranya mereka tidak bertanggung jawab dan telus dalam menjalankan tugas hakiki, mereka juga boleh diturunkan pangkat dan tindakan-tindakan lain.

Di sebuah sekolah yang lain pula, ada guru besar yang tidak pandai menghargai dan menilai jasa guru-guru yang telah berusaha mendidik pelajar serta mengharumkan nama sekolah. Beliau lebih cenderung memikirkan nasib serta periuk nasi beliau serta orang yang sebulu dengannya. Beliau juga didapati lebih cenderung pada politik dari tanggung jawab sebenar sebagai seorang guru. Sikap guru besar yang gila politik dan gila dendam ini boleh dikatakan merosakkan martabat perguruan. Hukuman yang sebaiknya dikenakan ke atas guru besar yang bersikap demikian adalah dibuang kerja. Guru besar boleh dibuang kerja kerana ketidak jujurannya menjalankan tanggung jawab kepada guru-guru serta para pelajar!

Tahniah, terima kasih dan semoga terus maju jaya kepada semua guru besar, penolong kanan 1 dan guru-guru yang telah menjalankan tugas dengan komited dan berkesan ke arah melahirkan generasi bijak dan berdaya maju seterusya berjaya di dunia dan jua akhirat. InsyaAllah dan Wallahhualam.

Ulasan