PENGETAHUAN AM - MULTI LEVEL MARKETING (MLM)

Multi Level Marketing (MLM) adalah perniagaan yang paling giat berkembang di Malaysia malah diseluruh dunia. Lebih dari 300 buah syarikat didaftarkan dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna setiap tahun mengikut AKTA JUALAN LANGSUNG (AJL 1993). Melalui perniagaan MLM, perkembangan ekonomi negara semakin meningkat, ini adalah kerana perkembangan yang pesat membawa kepada keuntungan negara pada tahun 2002 sahaja mencapai RM3.9 Billon. Peningkatan kian jelas kelihatan pada tahun 2003 iaitu RM4.4 Billion. ini bermakna pada tahun 2003 sahaja 4.4 Juta orang JUTAWAN berjaya dilahirkan di dalam industri Multi Level Marketing.

Peningkatan yang jelas ketara di dalam industri Multi Level Marketing kian terserlah dan tidak terjejas semasa kegawatan ekonomi dan apa yang kita lihat sekarang adalah semakin banyak syarikat MLM yang tumbuh di Malaysia bagaikan cendawan setiap tahun. Dijangka tahun 2005, angka JUTAWAN yang bakal dilahirkan di dalam industri Multi Level Marketing di seluruh dunia adalah seramai 50,000 orang sebulan.

Kenapa anda harus pilih MLM
Multi Level Marketing adalah satu perniagaan yang paling mudah dilakukan kerana ia tidak memerlukan modal yang banyak, tiada risiko, boleh dilakukan mengikut kelapangan masa & boleh memperolehi pendapatan yang luar biasa (5 angka - 6 angka) sebulan. Perniagaan MLM hanya memerlukan pengetahuan, keyakinan diri, semangat dan rajin bercerita. Ia memerlukan kerjasama diantara satu sama lain. Usaha berseorangan tidak akan mendatangkan hasil. Ia memerlukan usaha berkumpulan yang senantiasa bekerjasama. Kerjasama di antara anda & upline serta kerjasama di antara anda & downline anda.

Bercerita mengenai MLM sahaja, ia sentiasa berkait rapat dengan syarikat, produk dan pelan pemasaran. Hubungan 3 faktor ini memainkan peranan penting untuk berjaya di dalam perniagaan MLM. Ia berkait rapat dengan pengetahuan atau 'Knowledge'. Pengetahuan mengenai latar belakang syarikat, pengetahuan mengenai produk, dan pelan pemasaran membolehkan seseorang itu melakukan perkongsian bijak dan memperolehi keuntungan sama-rata bersama-sama dengan kenalannya.

Keyakinan dan Semangat
Keyakinan dan semangat adalah faktor yang perlu ada di dalam diri seseorang individu. Tanpa keyakinan dan semangat pasti seseorang itu akan menemui kegagalan bukan di dalam industri Multi Level Marketing sahaja malah di dalam apa jua bidang yang diceburi.

Faktor Kepimpinan
Untuk memperolehi kejayaan di dalam perniagaan Multi Level Marketing, anda perlu menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Seorang pemimpin yang berjaya akan membantu semua rakan kongsinya untuk berjaya. Mereka seharusnya mempunyai pengetahuan dari aspek syarikat, produk dan pengetahuan menyeluruh mengenai pelan pemasaran. Sebelum menjadi pemimpin yang berjaya, anda perlu dipimpin oleh seorang pemimpin. Anda seharusnya tidak mempunyai perasaan ego untuk dipimpin oleh seseorang.

Duplikasi
Di dalam MLM, duplikasi amat penting bagi memudahkan mengembangkan rangkaian perniagaan anda. Sekiranya duplikasi tidak berlaku bermakna rangkaian anda masih belum kukuh. Untuk membolehkan duplikasi berlaku, anda perlu lakukan perniagaan MLM mengikut sistem. Kerja yang bersistematik pastinya akan menemui kejayaan, begitu juga di dalam industri MLM. Sistem memudahkan duplikasi berlaku dengan mudah dan cepat. Sekiranya duplikasi berlaku dengan cepat dan mudah mengikut sistem, sudah pasti rangkaian anda akan kukuh dan akan terus berkembang buat selama-lamanya.

Kerjasama
Kerjasama atau kerja berpasukan atau berkumpulan amat penting di dalam perniagaan Multli Level Marketing. Anda tidak boleh menemui kejayaan dengan usaha anda berseorangan. Anda perlu kerjasama dengan rakan niaga anda. Inilah yang dinamakan kerja berpasukan atau berkumpulan. Selesaikan segala masalah yang timbul kerana setiap masalah pasti ada cara penyelesaiannya. Begitu juga dengan kegagalan, pasti ada cara untuk mengatasinya.

 Upline
Sebelum seseorang berkecimpung di dalam perniagaan Multli Level Marketing, dia terlebih dahulu diperkenalkan oleh seseorang upline. Tanggungjawab upline adalah penting untuk membantu downline supaya berjaya. Seseorang upline hendaklah membantu kesemua downline supaya berjaya seperti mereka. Semakin ramai downline mereka yang berjaya, maka semakin tinggilah status pencapaian seseorang upline dan semakin berjayalah syarikat yang disertai.

'Anda GAGAL disebabkan anda diselesaikan oleh MASALAH'
'Anda BERJAYA kerana anda menyelesaikan MASALAH'

Ulasan