CERITA DARI KITAB RAJA KAYANGAN

Pada tahun 3000, di sebuah negara kayangan bernama Megah Dursana Walzuhal, tinggal seorang Raja Kayangan bernama Malika Hafizul


bersama permaisurinya bernama Marlini Nurraizan berserta dengan 7 orang putera dan 7 orang puteri bernama Malika Haziq, Malika Darwish,

Malika Hassan, Malika Salleh, Malika Azim, Malika Hafizi dan Malika Hayei manakala puteri pula bernama Marlini Sabreena, Marlini Norlida,

Marlini Mimi Maria, Marlini Fatimah, Marlini Sri Dewi Ayu, Marlini Preity Zinta dan Marlini Siti Nurhaliza. Kerajaan Megah Dursana Walzuhal

mempunyai jutaan rakyat yang hidup aman, damai, sakti, dan mengecapi segala macam nikmat kebahagiaan yang tidak pernah diimpikan oleh sebarang

manusia biasa di dunia. Di kalangan Putera Malika Hafizul, yang paling mempunyai hikmat yang luar biasa adalah Malika Haziq dan Malika Darwish

manakala puteri pula ialah Marlini Sabreena. Ketiga-tiga mereka boleh melihat sejarah lampau serta sejarah akan datang. Banyak lagi keistimewaan-

keistimewaan yang dimiliki oleh mereka bertiga ini. Pada bulan Ramadhan berpakatlah putera-putera Malika Hafizul untuk turun ke dunia mengerjakan

solat hari raya pada 1 syawal. Mereka ingin kembali ke tahun 1974. Maka setelah dipersetujui oleh kedua orang tua mereka, maka turunlah ke dunia ke

tujuh-tujuh putera tadi ke dunia dengan bantuan Malika Haziq dan Malika Darwish. Setelah selesai solat sunat Aidil Fitri, maka bersalam-salamanlah mereka.

Keadaan fizikal mereka tidak ubah seperti orang biasa, sehinggakan tiada satu pun di kalangan jemaah tadi yang perasan bahawa mereka bukannya manusia biasa,

tetapi manusia kayangan yang dianugerahkan Allah dengan segala macam nikmat dan kebolehan yang amat luar biasa sekali.

Ulasan