SYURGA NOMBOR SATU

Syurga nombor Satu


Semua orang ingin ke situ

Segala impian, hajat, keajaiban dan kenikmatan pasti tercapai apabila berada di situ

Di dunia ini tidak pernah dirasai seumpama itu

Hendak ke sana bukanlah semudah membilang satu sehingga seribu

Mestilah berilmu dan tahu membawa hala tuju

Sekiranya perangai macam hantu usahlah mimpi hendak ke situ

Silap-silap haribulan ke neraka menjadi pilihan kalbu

Oleh itu marilah sekelian kaum keluargaku

Serta masyarakat yang sentiasa membantuku

Mengisi ilmu dan iman serta amalan kebaikan di kalbu

Semoga di dunia tidak sesat macam hantu

Diharap nanti akhirat Allah dan Rasulullah memberi restu

Syurga nombor satu yang sering menjadi idaman kalbu

Diperkenankan oleh Allah Yang Maha Restu

Perbaikilah diri semenjak di dunia yang Satu

Belajar membilang satu sehingga seribu

Amalan kebaikan dan kebajikan hendaklah sentiasa tersemat di kalbu

Peluk cium selalu Ayah dan Ibu

Keluarga bahagia sentosa selalu

Tidak lupa kepada guru-guru

Hormat dan kasih diberi selalu

Kepada masyarakat yang sama membantu

Janganlah mudah dilupa begitu

Semoga dunia berbahagia selalu

Akhirat jua memperolehi Syurga Nombor Satu

Amiinn Allah Yang Maha Restu.


Hasil ciptaan : Hafizul bin Hassan

Telefon : 0129676083 @ 097257521

Pendidikan : 1. Diploma Perguruan Malaysia

2. Bachelor Of Education ( Mathematics ) With Honours @ honest.


Ulasan