Catatan

Tunjukkan catatan dari April 30, 2011

Aku Seorang Penulis

Aku Seorang Penulis Menulis apa yang diingini Menyampai maksud di sanubari Menghilang kekusutan sebagai insan manusia mulia Apakah sama coretan minda dengan ungkapan kata Aku cuba penakan moga kalian semua suka Bagiku apa sahaja impian di minda Boleh dinyatakan melalui penulisan serta musyawarah kata Jangan sekatkan mindamu dengan ketakutan kepada apa-apa Apa yang penting impian murni kita di dunia tercapai Kalau asyik takut dan ragu bila kita nak laksanakan impian kita Pergunakanlah doa serta ilmu yang dipelajari untuk kebaikan bersama Umph, argh, apa-apa sahajalah yang telah diungkapkan Moga ianya diolah dan bercantum menjadi terbaik Seandainya sekali mencuba sudah berjaya itu hikmah namanya Andai sekali gagal mendiam sahaja itu pengecut namanya Selagi ada doa, selagi ada cinta, selagi ada cita Teruskanlah langkahmu, jangan sesekali kamu mengalah sebelum kamu berada di puncak Di puncak impian murni dan jayamu