Negara Palestin
![Imej](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVIqObtBFMsj6IRup_b1eKAxfM2SzwfdKjXpinUbs7u9Wwbl7kt4EIkBv_6n0dsbpVZ2WxLQC2s74XufkFaqnGm6f8JUfUjxoPaFlI_2P8MaziiIV3Hbh6fSzHTJTQCVW0TbtTV-DN3BB_/s1600/85px-Coat_of_arms_of_State_of_Palestine_%2528Official%2529.png)
Negara Palestin ( Bahasa Arab : دولة فلسطين , Dawlat filastin ), atau hanya Palestin ( فلسطين , filastin ) ialah sebuah negara di Timur Tengah di antara Laut Tengah dan Sungai Jordan . Status politiknya masih dalam perdebatan. Sebahagian besar negara di dunia termasuk negara-negara anggota OIC , Liga Arab , NAM , dan ASEAN telah mengakui kewujudan Negara Palestin. Wilayah Palestin saat ini terbahagi kepada dua entiti politik, iaitu Wilayah Pendudukan Israel dan Pihak Berkuasa Palestin . Deklarasi Kemerdekaan Palestin dinyatakan pada 15 November 1988 di Algiers oleh Dewan Negara (PNC) Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).