Pada beberapa bulan yang lepas, di sebuah akhbar tempatan, terdapat guru yang tidak berpuas hati terhadap penilaian prestasi yang dilakukan oleh guru besar dan penolong kanan 1. Bagi pendapat sayalah, guru besar dan penolong kanan 1 perlu bersikap adil dan bertanggung jawab dalam soal penilaian prestasi ini. Sekiranya prestasi guru tidak melebihi 80% sedangkan seseorang guru itu menjalankan tugasnya dengan penuh tanggung jawab dan dedikasi, manakala guru yang menjalankan tugas dengan tidak sempurna diberi prestasi lebih 80%, maka sudah tentulah terdapat sesuatu yang tidak kena di pihak guru besar dan penolong kanan 1. Fenomena yang berlaku kekadang tu terdapat juga guru besar dan penolong kanan 1 yang cuba berlagak dan pilih bulu, yang mana pengurusannya dikatakan tidak sempurna, malahan jua cuba untuk menindas guru-guru, yang tak masuk akalnya ialah guru-guru siswazah jua turut terkena, sedangkan guru besar dan penolong kanan 1 bukanlah seorang guru siswazah. Hebat sanga...