Aku Seorang Penulis

Aku Seorang Penulis
Menulis apa yang diingini
Menyampai maksud di sanubari
Menghilang kekusutan sebagai insan manusia mulia
Apakah sama coretan minda dengan ungkapan kata
Aku cuba penakan moga kalian semua suka
Bagiku apa sahaja impian di minda
Boleh dinyatakan melalui penulisan serta musyawarah kata
Jangan sekatkan mindamu dengan ketakutan kepada apa-apa
Apa yang penting impian murni kita di dunia tercapai
Kalau asyik takut dan ragu bila kita nak laksanakan impian kita
Pergunakanlah doa serta ilmu yang dipelajari untuk kebaikan bersama
Umph, argh, apa-apa sahajalah yang telah diungkapkan
Moga ianya diolah dan bercantum menjadi terbaik
Seandainya sekali mencuba sudah berjaya itu hikmah namanya
Andai sekali gagal mendiam sahaja itu pengecut namanya
Selagi ada doa, selagi ada cinta, selagi ada cita
Teruskanlah langkahmu, jangan sesekali kamu mengalah sebelum kamu berada di puncak
Di puncak impian murni dan jayamu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cyfrifiannell IAITH