PENGETAHUAN AM - MULTI LEVEL MARKETING (MLM)
Multi Level Marketing (MLM)
adalah perniagaan yang paling giat berkembang
di Malaysia malah diseluruh
dunia. Lebih dari 300 buah syarikat didaftarkan dibawah Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna setiap
tahun mengikut AKTA
JUALAN LANGSUNG (AJL 1993). Melalui perniagaan MLM, perkembangan
ekonomi
negara semakin meningkat, ini adalah kerana
perkembangan yang pesat membawa
kepada keuntungan negara pada tahun 2002 sahaja mencapai RM3.9
Billon.
Peningkatan kian jelas kelihatan pada tahun 2003 iaitu RM4.4
Billion. ini
bermakna pada tahun 2003 sahaja 4.4 Juta orang JUTAWAN berjaya
dilahirkan di
dalam industri Multi Level Marketing.
Peningkatan
yang jelas ketara di dalam industri Multi Level Marketing kian
terserlah dan
tidak terjejas semasa kegawatan ekonomi dan apa yang kita lihat sekarang
adalah semakin banyak syarikat MLM yang tumbuh di Malaysia bagaikan
cendawan
setiap tahun. Dijangka tahun 2005, angka JUTAWAN yang bakal
dilahirkan di
dalam industri Multi Level Marketing di seluruh dunia adalah seramai
50,000
orang sebulan.
Kenapa anda harus pilih MLM
Multi
Level Marketing adalah satu perniagaan yang paling mudah dilakukan
kerana ia
tidak memerlukan modal yang banyak, tiada risiko, boleh dilakukan
mengikut
kelapangan masa & boleh memperolehi pendapatan yang luar biasa
(5 angka - 6
angka) sebulan. Perniagaan MLM hanya memerlukan pengetahuan,
keyakinan diri,
semangat dan rajin bercerita. Ia memerlukan kerjasama diantara satu
sama
lain. Usaha berseorangan tidak akan mendatangkan hasil. Ia
memerlukan usaha
berkumpulan yang senantiasa bekerjasama. Kerjasama di antara anda
& upline
serta kerjasama di antara anda & downline anda.
Bercerita
mengenai MLM sahaja, ia sentiasa berkait rapat dengan syarikat,
produk dan
pelan pemasaran. Hubungan 3 faktor ini memainkan peranan penting
untuk
berjaya di dalam perniagaan MLM. Ia berkait rapat dengan pengetahuan
atau 'Knowledge'.
Pengetahuan mengenai latar belakang syarikat, pengetahuan mengenai
produk,
dan pelan pemasaran membolehkan seseorang itu melakukan perkongsian
bijak
dan memperolehi keuntungan sama-rata bersama-sama dengan kenalannya.
Keyakinan dan Semangat
Keyakinan dan semangat
adalah
faktor yang perlu ada di dalam diri seseorang individu. Tanpa
keyakinan dan
semangat pasti seseorang itu akan menemui kegagalan bukan di dalam
industri
Multi Level Marketing sahaja malah di dalam apa jua bidang yang
diceburi.
Faktor Kepimpinan
Untuk memperolehi kejayaan
di dalam
perniagaan Multi Level Marketing, anda perlu menjadi seorang
pemimpin yang
berjaya. Seorang pemimpin yang berjaya akan membantu semua rakan kongsinya
untuk
berjaya. Mereka seharusnya mempunyai pengetahuan dari aspek
syarikat, produk
dan pengetahuan menyeluruh mengenai pelan pemasaran. Sebelum menjadi
pemimpin yang berjaya, anda perlu dipimpin oleh seorang pemimpin.
Anda
seharusnya tidak mempunyai perasaan ego untuk dipimpin oleh
seseorang.
Duplikasi
Di dalam MLM, duplikasi
amat
penting bagi memudahkan mengembangkan rangkaian perniagaan anda.
Sekiranya
duplikasi tidak berlaku bermakna rangkaian anda masih belum kukuh.
Untuk
membolehkan duplikasi berlaku, anda perlu lakukan perniagaan MLM
mengikut
sistem. Kerja yang bersistematik pastinya akan menemui kejayaan,
begitu juga
di dalam industri MLM. Sistem memudahkan duplikasi berlaku dengan
mudah dan
cepat. Sekiranya duplikasi berlaku dengan cepat dan mudah mengikut
sistem,
sudah pasti rangkaian anda akan kukuh dan akan terus berkembang buat
selama-lamanya.
Kerjasama
Kerjasama atau kerja
berpasukan
atau berkumpulan amat penting di dalam perniagaan Multli Level
Marketing.
Anda tidak boleh menemui kejayaan dengan usaha anda berseorangan.
Anda perlu
kerjasama dengan rakan niaga anda. Inilah yang dinamakan kerja
berpasukan
atau berkumpulan. Selesaikan segala masalah yang timbul kerana
setiap
masalah pasti ada cara penyelesaiannya. Begitu juga dengan
kegagalan, pasti
ada cara untuk mengatasinya.
Upline
Upline
Sebelum seseorang berkecimpung di dalam perniagaan Multli Level
Marketing, dia terlebih dahulu diperkenalkan oleh seseorang upline. Tanggungjawab upline adalah penting untuk membantu downline supaya berjaya. Seseorang upline hendaklah membantu kesemua downline supaya berjaya seperti mereka. Semakin ramai downline mereka yang berjaya, maka semakin tinggilah status pencapaian seseorang upline dan semakin berjayalah syarikat yang disertai.
'Anda GAGAL disebabkan anda
diselesaikan oleh MASALAH'
'Anda BERJAYA kerana anda
menyelesaikan MASALAH'
Ulasan
Catat Ulasan