Catatan

SYURGA NOMBOR SATU

Syurga nombor Satu Semua orang ingin ke situ Segala impian, hajat, keajaiban dan kenikmatan pasti tercapai apabila berada di situ Di dunia ini tidak pernah dirasai seumpama itu Hendak ke sana bukanlah semudah membilang satu sehingga seribu Mestilah berilmu dan tahu membawa hala tuju Sekiranya perangai macam hantu usahlah mimpi hendak ke situ Silap-silap haribulan ke neraka menjadi pilihan kalbu Oleh itu marilah sekelian kaum keluargaku Serta masyarakat yang sentiasa membantuku Mengisi ilmu dan iman serta amalan kebaikan di kalbu Semoga di dunia tidak sesat macam hantu Diharap nanti akhirat Allah dan Rasulullah memberi restu Syurga nombor satu yang sering menjadi idaman kalbu Diperkenankan oleh Allah Yang Maha Restu Perbaikilah diri semenjak di dunia yang Satu Belajar membilang satu sehingga seribu Amalan kebaikan dan kebajikan hendaklah sentiasa tersemat di kalbu Peluk cium selalu Ayah dan Ibu Keluarga bahagia sentosa selalu Tidak lupa kepada gu...

ILHAM YANG TERANG

Beribu bintang di langit kini kuundang Ada kerlipan ada sinar Rembulan wajahku nampak dalam kilauan Ada senyumanmu di bibiran Godaan asmara sulam tanpa benang Puncak kasih yang telah kau ilhamkan Rembulan mengambang kini senyum riang Menyaksikan kasih kita sayang Burung berkicau terbang dengan riang Tanda kasihmu padaku sayang BMW kupandu bawa dengan senang Ada kerlipan dalam tenang Salju di situ tinggal tanpa kesan Luahan hati ku ingin ucapkan Keriangan yang ada Syukurku pada Tuhan Moga ia akan berkekalan Beribu bintang yang telah kuundang Ada ilham dalam terang Begitu kasihku pada dirimu sayang Rembulan di sisi kini nampak terang Terima kasih daku ucapkan Ku ilhammu sayang………………. Berjuta kasihmu pada diriku sayang Tanpa kelam dan tanpa suram Neon yang tinggi Tunggu sampai siang Lafaz kasih yang kita ucapkan Gerimis mengundang Basah kita dalam dian Hamparan kasih kita dalam ruang Asmara kasih moga berpanjangan Pudar suram...

NUR HIKMAH NUR KASIH ADINDA

Fajar indah kesuma jiwa Firasat kasih mahkota madani Ayu wajahmu kasih adinda Kekanda sulami hikmah pekerti Agar musytari menjadi saksi Realiti sirna sentiasa bersemi Nur Hikmah Nur Kasih adinda Badai persona serata Gujerat Kuntuman, wangian haruman mengelilingi Tiada noktah sentiasa abadi Biar bayu senja sentiasa mengulit mimpi kita Fajar indah bersua kembali Citra kasih ke penghujung senja Cinta padamu duhai adinda Tiada bandingan mahupun gadaian Walau selaut intan dan berlian Walau selangit limpahan kemewahan Namun bagaimana hikmah kasih kekanda Tiada dua, tiada tiga Kekanda tumpahkan kasih kepada adinda Walau dunia terbahagi dua Cinta kekanda hanya pada adinda Agar abadi menjadi para juri Nur Hikmah Nur Kasih Adinda

Lagi lagu baru

                 Di kamar rindu Di kamar rindu hatiku berdetik sayu Menantikan kata-kata rindu darimu Oh sayangku Mengapa semalam hatimu damba terhadapku Apakah dosa yang terselit di kalbuku Gurisan cinta lalu membawaku Ke puncak keraguanmu Luahkanlah dendangkanlah Azimat cintamu buatku Kugalas kualas Istana cinta bersamamu Oh oh mengapa masih ada tinta Tinta yang berputik atas dasar cinta Diari cinta hari-hari Akan kulaungkan kata-kata sakti Azimatnya cinta Biar berdendang biar gemersik Di alam metafora Oh percayalah Kaulah kekasihku Chorus : Oh oh mengapa masih ada tinta Tinta yang berputik atas dasar cinta Diari cinta hari-hari Akan kulaungkan kata-kata sakti Azimatnya cinta Biar berdendang biar gemersik Di alam metafora Oh percayalah Kaulah kekasihku Lagu dan lirik : HAFIZUL BIN HASSAN ( 0129676083 ).

Sesiapa yang nak berubat !

Imej
Saya semasa berada di sekolah dahululah, pernah juga bercita-cita nak jadi doktor perubatan...............Diringkaskan cerita sesiapa yang nak berubat dengan saya dalam apa jua penyakit, bolehlah ke rumah saya. Cara saya adalah membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan diberi minum air bacaan tadi dan boleh dibawa balik. Sekian Wassallam.

KOLEKSI LAGU NASYID BARU

Imej
Kekuasaan Allah merentasi segala Bersyukur kepada Allah Tuhan sekelian alam Azan dan iqamat yang dialunkan Menjadi bekal penyuluh kehidupan Kasih ayah berpanjangan Kasih ibu seluas lautan Kasih guru mekar berkekalan Membina kehidupan Syariat menjadi pedoman Angkasa yang luas terbentang Mencari hidayah Ohh... Tuhan Moga diri ini banyak bakti Kepada islam yang suci murni Qalam yang indah lagi Agung Allah Yang Maha Berkuasa Para malaikat berserta Rasul junjungan Selawat dan salam buat Rasullullah Kekasih Allah Ohh... Allah Yang Maha Pengasih Chorus : Qalam yang indah lagi Agung Allah Yang Maha Berkuasa Para malaikat berserta Rasul junjungan Selawat dan salam buat Rasullullah Kekasih Allah Ohh... Allah Yang Maha Pengasih

DOA-DOA HARIAN

Imej
YA ALLAH, BERIKANLAH KAMI KESENANGAN KESENANGAN DI DALAM KEHIDUPAN YANG MEMBAWA KEBERKATAN DI DUNIA DAN JUA AKHIRAT YA ALLAH, LINDUNGILAH KAMI DARI BALA PETAKA DI DUNIA DAN JUA AKHIRAT YA ALLAH, PAYUNGILAH KAMI DENGAN KENIKMATAN SERTA SEGALA MACAM KEMASYHURAN DAN KEBAIKAN DI DUNIA DAN JUA AKHIRAT YA ALLAH, YA RABBI SAYANGILAH KAMI JAUHILAH KAMI DARI AZAB API NERAKA YA ALLAH, YA RABBI TUNJUKKILAH KAMI JALAN KEREDHAAN DAN KEBENARAN YA ALLAH, YA RABBI SATUKANLAH HATI-HATI KAMI SESAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DENGAN PENUH PERASAAN KASIH SAYANG SERTA CINTA YANG AMAT MENGASYIKKAN SERTA BERKEKALAN DAN PENUH KESEMPURNAAN BAIK DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT JUA YA ALLAH YA ALLAH, YA RABBI SESUNGGUHNYA KAMI AMAT BERSYUKUR SEKALI DI ATAS SEGALA KEJAYAAN YANG TELAH KAMI KECAPI DARI SEHARI KE SEHARI AaMiiNn YA RABBIL AaLAMiiNn SODAQALLAH HUL-AZIM