Kalau aku ada wang Ringgit Malaysia 5000 000 000.00
Pertama sekali sujud syukurku pada Allah S.W.T Tak perlu fikir fasal kerja Isteriku kubawa menunaikan umrah bersama anak-anakku Aku akan bina masjid berharga RM 1 000 000.00 sedeqahkan kepada penduduk-penduduk kampungku Agar mereka kuat beribadat Jauhkan celaka banyakkan bahagia Murid-murid miskin aku beri bantuan seorang RM 1000.00 Kalau ada 1000 orang, dah jadi RM 1 000 000.00 Aku bina pula rumah anak-anak yatim berharga RM 500 000.00 Baki RM 500 000.00 aku beri pada mereka Supaya mereka belajar pandai-pandai dan hidup dengan penuh gembira RM 2500 000 000.00 aku simpan dalam ASB Cukup setahun aku akan dapat lebih kurangnya RM 6000.00 x 2500 = RM 15 000 000.00 RM 15 000 000.00 adalah bonus yang akan aku terima tiap-tiap bulan buat belanja sekeluarga Rumahku cukuplah berharga RM 1 000 000.00 Nak beristeri lagi satu? Terasa juga nak yang jelita-jelita Tapi itu urusan Yang Maha Berkuasa Aku terima sahaja Itu pun Kalau Kalaulah Kalau aku ada wang Ringgit Malaysia 5000...